July 24, 2010

Justin Bieber di Mata Anak Remaja

Brita kali ini nggak kalah panjang dari brita-brita sebelumnya

JIKA anda ada anak remaja di rumah - anak perempuan terutamanya, anda pasti 'terbiasa' mendengar lagu 'Baby' dendangan Justin Bieber berkumandang lebih kuat berbanding penyanyi lain. Bukan sahaja paras bunyi radio atau televisyen tiba-tiba dikuatkan, kebanyakan masa ada pula 'suara latar' anak remaja anda sama-sama menyanyikannya.

Jika anda masih tidak pasti, Justin boleh diibaratkan sama dengan populariti penyanyi di Malaysia seperti Anuar Zain dan Elina dengan lagu Kain Pelikat pada 1982 atau Amy Mastura ketika muncul juara pertandingan Asia Bagus pada 1993. Ini sekadar analogi bagi memudahkan anda memahami kenapa anak remaja anda begitu meminati Justin hari ini.

Sebagai ibu bapa prihatin, maka terpaksalah sama-sama menonton video muzik Justin itu, selain cuba menangkap bait-bait liriknya. Bukan senang tugas sebagai 'lembaga badan penapis'. Kena tonton sampai habis video bagi memastikan tiada adegan lucah, kena fokus untuk menilai lirik supaya tiada makna tersirat menjadi sebutan anak. Kemudian, kena membuat penyelidikan lanjut di Internet.

Lagu 'Baby' nyanyian Justin ini merujuk kepada kisah cinta pertama Justin yang ditolak. Dengan lirik seolah-olah bercakap kepada gadis tersebut, penggunaan 'oooh' pada rangkap korus, berfungsi sebagai pernyataan rasa kecewa. Dan itulah korus yang sering terdengar dari bibir anak remaja anda.

Lagu ini sebenarnya senang didengar dan tidak sulit diterima, waima kepada telinga orang dewasa. Ia didorong oleh faktor tempo kontemporari olahan penerbit terkenal, Christopher 'Tricky' Stewart dan Terius 'The-Dream' Nash - yang juga membantu melahirkan album hits Beyonce iaitu Single Ladies (Put a Ring on It) dan Rihanna (Umbrella).

Justin adalah remaja lelaki berusia 16 tahun, berasal dari Kanada melonjak ke puncak kemasyhuran hanya dalam tempoh tiga tahun. Tinggal bersama ibunya di Stratford, Ontario, pada usia semuda 13 tahun dia bertanding dalam acara 'Stratford Idol' dan kemudiannya memuat naik video nyanyiannya ke dalam YouTube.

Video tersebut disaksikan oleh seorang pencari bakat baru, Scooter Braun, yang kemudiannya menjadi pengurus Justin. Perkongsian itu membawa Justin kepada Usher (yang baru saja mengadakan konsert di Malaysia bulan lalu) di Atlanta, Georgia. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menerbitkan album dengan lagu single pertama, One Time diterbitkan pada tahun lalu, yang segera menduduki senarai 30 lagu paling popular di lebih 10 negara.

Menyusul kemudian ialah album penuh pertamanya, My World yang diterbitkan pada November lalu. Ia mencatat jualan platinum dan diiktiraf sebagai pencapaian paling tinggi bagi artis baru untuk tahun 2009. Tujuh lagu dari albumnya juga menduduki carta Hot 100 Billboard dengan lagu single Baby menerajuinya.

Paling terkini, video muzik Baby tersebut dilaporkan sebagai video paling tinggi ditonton di YouTube iaitu lebih 246 juta kali. Ia sekali gus mengenepikan muzik video satu lagi penyanyi sensasi, Lady Gaga menerusi lagu Bad Romance.

Muzik video Justin bersaing hebat dengan Lady Gaga, dengan penyanyi wanita itu berada di hadapan pada awal Jumaat tetapi menjelang senja, Justin jauh ke hadapan dengan kelebihan 600,000 penonton.

Smoga nggak b0send bacanya yah

Post a Comment

-Be nice there
-Ask something? Just ask in the box of things
-U smile, I smile

Cute Spinning Flower Pink